RSS
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Perkongsian

Muhibah (goodwill) Dalam Perkongsian
  • muhibah ditakrifkan sebagai keupayaan perniagaan untuk memperolehi keuntungan di masa hadapan.
  • muhibah sesebuah perniagaan mungkin wujud kerana sebab-sebab berikut:
          - tempat perniagaan yang strategik
          - jenis / barangan / perkhidmatan yang terkenal & berjenama
          - cap dagangan dan paten
          - monopoli dan separuh monopoli

Friday, 11 November 2011

Perkongsian-Ekuiti Pemilik dan Akaun-akaun dalam Perkongsian

  • Ekuiti pemilik ialah modal yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan dan juga untung yang dilaburkan semula dalam perniagaan.
  • Bagi perniagaan perkongsian, sumbangan modal oleh pekongsi disebut sebagai ekuiti pemilik.
  • Dari segi catatan perakaunan, catatan urus niaga bagi perkongsian adalah sama seperti perniagaan milikan tunggal. Bezanya adalah dari segi merekod modal dan pembahagian untung rugi.

Thursday, 10 November 2011

Perkongsian

Pengertian Perkongsian
  • Perkongsian ialah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 20 orang pekongsi.
  • Perkongsian yang menawarkan perkhidmatan profesional seperti perakaunan, perubatan dan guaman, bilangan ahlinya boleh mencapai sehingga maksimum 50 orang.
  • Dalam perkongsian, keuntungan atau kerugian akan dibahagikan antara pekongsi mengikut Ikatan Perjanjian atau Akta Perkongsian 1961.
 
Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template