RSS
Showing posts with label pengenalan. Show all posts
Showing posts with label pengenalan. Show all posts

Thursday, 10 November 2011

Pengenalan-Kitaran Perakaunan

  • Kitaran perakaunan merupakan beberapa peringkat proses perakauan yang bermula daripada sumber dokumen sehingga catatan penutup. 
  • Jangka masa untuk satu kitaran perakaunan dilengkapkan dalam satu tempoh perakaunan.
  • Peringkat 1: Dokumen sumber
 Merekod urusniaga perniagaan ke dalam dokumen perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.

Tuesday, 8 November 2011

Pengenalan-Konsep dan Prinsip Perakaunan Asas

Konsep dan prinsip perakaunan asas merupakan panduan dalam catatan perakaunan yang ditetapkan oleh badan perakaunan. Ia patut dipatuhi semasa proses perakaunan untuk memastikan penyata kewangan yang dihasilkan adalah saksama dan standard. Antara konsep perakaunan asas ialah:

1) Wang sebagai Ukuran
  • Wang merupakan unit ukuran dalam urus niaga perniagaan.
  • Dengan merekodkan urus niaga dalam nilai mata wang, ia dapat memudahkan penghitungan nilai urus niaga.
  • Setiap negara mempunyai unit mata wang sendiri, unit mata wang yang digunakan di negara kita ialah Ringgit Malaysia.

Pengenalan-Bentuk-bentuk Organisasi Perniagaan

  • Terdapat 3 bentuk organisasi perniagaan di Malaysia iaitu: 
          a) Milikan tunggal
          b) Perkongsian  
          c) Syarikat berhad 
    • Milikan tunggal ialah perniagaan yang dimiliki dan diuruskan oleh seorang pemilik sahaja. Contohnya kedai  runcit, kedai fotostat dan alat tulis, kedai makan dan sebagainya.

    Sunday, 6 November 2011

    Pengenalan

    Sejarah Perakaunan Secara Ringkas
    • Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia pada tahun 3500 SM, catatan tersebut dibuat pada kepingan tanah liat.
    • Pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah dibuat dengan papyrus (kertas) dan calamus (pen).
    • Kemudian sistem angka Hindu-Arab digunakan dalam rekod perakaunan pada tahun 850 SM.
    • Sistem catatan bergu bermula di Itali padaabad ke-14 untuk memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang.
     
    Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
    Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template