RSS

Saturday, 19 November 2011

Organisasi Bukan Untung - Yuran

  • Terdiri daripada yuran pendaftaran atau masuk dan yuran ahli.
  • Yuran ahli terdiri daripada yuran ahli tahunan dan yuran ahliseumur hidup.
  • Yuran-yuran ini boleh dikelaskan kepada:

    Pelarasan Yuran:

    Thursday, 17 November 2011

    Organisasi Bukan Untung

    Penyata Penerimaan & Pembayaran
    •  Juga disebut sebagai penyata wang masuk dan wang keluar. 
    • Prinsipnya sama seperti akaun tunai – meringkaskan urusniaga tunai diterima dan tunai dibayar. 
    • Merekod urusniaga tunai yang berlaku pada tahun semasa tanpa mengambilkira penerimaan dan pembayaran itu adalah untuk perkara-perkara yang terakru, prabayar ataupun semasa serta penerimaan atau pembayaran modal ataupun penerimaan dan pembayaran hasil. 

    Organisasi Bukan Untung

    Ciri-ciri asas organisasi bukan untung:
    • Mempunyai ahli 
    • Yuran sebagai sumber pendapatan organisasi 
    • Menjalankan aktiviti untuk memenuhi keperluan dan kehendak ahlinya 

    Friday, 11 November 2011

    Perkongsian-Ekuiti Pemilik dan Akaun-akaun dalam Perkongsian

    • Ekuiti pemilik ialah modal yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan dan juga untung yang dilaburkan semula dalam perniagaan.
    • Bagi perniagaan perkongsian, sumbangan modal oleh pekongsi disebut sebagai ekuiti pemilik.
    • Dari segi catatan perakaunan, catatan urus niaga bagi perkongsian adalah sama seperti perniagaan milikan tunggal. Bezanya adalah dari segi merekod modal dan pembahagian untung rugi.

    Thursday, 10 November 2011

    Perkongsian

    Pengertian Perkongsian
    • Perkongsian ialah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 20 orang pekongsi.
    • Perkongsian yang menawarkan perkhidmatan profesional seperti perakaunan, perubatan dan guaman, bilangan ahlinya boleh mencapai sehingga maksimum 50 orang.
    • Dalam perkongsian, keuntungan atau kerugian akan dibahagikan antara pekongsi mengikut Ikatan Perjanjian atau Akta Perkongsian 1961.
     
    Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
    Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template