RSS

SEJARAH RINGKAS


Sejarah Perakaunan Secara Ringkas
  • Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia pada tahun 3500 SM, catatan tersebut dibuat pada kepingan tanah liat.
  • Pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah dibuat dengan papyrus (kertas) dan calamus (pen).
  • Kemudian sistem angka Hindu-Arab digunakan dalam rekod perakaunan pada tahun 850 SM.
  • Sistem catatan bergu bermula di Itali padaabad ke-14 untuk memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang.
  • Sistem catatan bergu telah dicipta oleh Luca Pacioli, seorang ahli matematik dan rahib Francisca yang berbangsa Itali.  
                          
    • Luca Pacioli dikenali sebagai bapa perakaunan kerana terbitan buku matematiknya berjudul Summa de Arithmetica, Geometria dan Proportioni et Proportionalita. 
    • sebahagian daripada buku tersebut mengandungi huraian sistem catatan bergu yang digunakan dalam rekod perakaunan sehingga masa sekarang.
    • Pada abad ke-18, perakaunan kos telah diperkenalkan bagi memenuhi proses pengeluaran firma yang berkembang pesat.
    • Pada abad ke-19 dan ke-20, bidang perakaunan telah mencapai taraf profesional. Badan perakaunan ditubuhkan  untuk mencapai taraf minimum kelayakan profesional perakaunan.
    • Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa atau International Accounting Standards Committee (IASC) telah ditubuhkan pada tahun 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan.
    • Pada masa sekarang, perakaunan sosial telah diambil kira memandangkan perniagaan telah memberi kesan terhadap masyarakat.
    • Di negara kita, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia atau Malaysian Accounting Standard Board (MASB) telah ditubuhkan untuk menerbitkan piawaian perakaunan dan menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan.
     
    Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
    Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template