RSS

Tuesday 8 November 2011

Pengenalan-Bentuk-bentuk Organisasi Perniagaan

  • Terdapat 3 bentuk organisasi perniagaan di Malaysia iaitu: 
          a) Milikan tunggal
          b) Perkongsian  
          c) Syarikat berhad 
    • Milikan tunggal ialah perniagaan yang dimiliki dan diuruskan oleh seorang pemilik sahaja. Contohnya kedai  runcit, kedai fotostat dan alat tulis, kedai makan dan sebagainya.

    • Perkongsian ialah perniagaan yang ditubuhkan oleh 2- 20 orang perkongsian. Contohnya Klinik Lim & Ng.
    • Syarikat berhad dimiliki oleh minimum 2 orang pemegang syer. Ia dibahagikan kepada syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad.
    • a) syarikat sendirian berhad dimiliki oleh 2-50 orang pemegang syer yang terdiri daripada saudara mara dan sahabat. 
      b) syarikat awam berhad dimiliki oleh minimum 2 orang pemegang syer yang tiada hadnya. Pemegang syer terdiri daripada orang awam yang mampu membeli syer di BSKL
    Ciri-ciri Organisasi Perniagaan 
    1) Milikan Tunggal  
    • Milikan tunggal ialah perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. 
    • Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik tersebut sama ada daripada simpanan sendiri atau    pinjaman.
    • Perniagaan milikan tunggal diuruskan oleh pemilik dengan bantuan ahli keluarganya.
    • Pemilik menerima semua keuntungan dan menanggung semua kerugian perniagaan.
    • Liabiliti milikan tunggal adalah tidak terhad iaitu harta peribadinya boleh dituntut oleh pihak pemiutang.
    • Perniagaaan milikan tunggal mudah ditubuhkan, iaitu hanya dengan mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapat lesen perniagaan daripada Majlis Kerajaan Tempatan.
    2) Perkongsian 
    • Perkongsian ialah perniagaan yang dimiliki oleh 2-20 orang pekongsi.
    • Modal perkongsian disumbangkan oleh pekongsi-pekongsi atau pinjaman.
    • Perniagaan perkongsian diuruskan oleh pekongsi aktif.
    • Keuntungan atau kerugian perniagaan dibahagikan antara pekongsi-pekongsi.
    • Liabiliti perkongsian adalah tidak terhad kecuali pekongsi terhad.
    • Seperti milikan tunggal, perkongsian perlu berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapat lesen perniagaan daripada Majlis Kerajaan Tempatan.
     3)Syarikat Berhad
    • Syarikat berhad ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
    • Terdapat dua jenis syarikat berhad iaitu syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad.
    • Modal syarikat berhad diperoleh daripada jualan syer kepada pemegang syer.
    • Syarikat berhad diuruskan oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang syer.
    • Keuntungan syarikat dibahagikan kepada pemegang syer dalam bentuk dividen.
    • Liabiliti syarikat berhad adalah tehad kepada modal yang dilaburkan.



    7 comments:

    Anonymous said...

    salam... minta maaf saya bagi pendapat... kalau kita bercerita tentang organisasi perniagaan di malaysia, bukan 3 ni je.... banyak lagi... kita ada koperasi, kita ada anak syarikat kerajaan negeri dll... even persatuan dan pertubuhan pun boleh berniaga dan bertindak sebagai organisasi perniagaan... minta maaf, sekadar bagi pendapat... takut ramai yang konfius je... tq

    Unknown said...

    apocoyot...bnyk lagi isi..x lengkap..bkn 3 je..susah 4C nk buat krje sklh..

    Unknown said...

    wtau je

    Unknown said...

    Hmm

    Unknown said...

    Hai kalau kedai runcit mydin dlm organisasi apa ya sebab saa kofius dgn MYDIN

    Unknown said...

    Hahahaha... Dpt modul sekolah ke?? 🙄😂😂😂

    Anonymous said...

    Hahahahaha

    Post a Comment

     
    Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
    Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template