RSS

Thursday 10 November 2011

Pengenalan-Kitaran Perakaunan

  • Kitaran perakaunan merupakan beberapa peringkat proses perakauan yang bermula daripada sumber dokumen sehingga catatan penutup. 
  • Jangka masa untuk satu kitaran perakaunan dilengkapkan dalam satu tempoh perakaunan.
  • Peringkat 1: Dokumen sumber
 Merekod urusniaga perniagaan ke dalam dokumen perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.


  •  Peringkat 2: Buku Catatan Pertama
Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal 
Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.

  • Peringkat 3: Pengeposan ke Lejar
Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam akaun dalam lejar.

  • Peringkat 4: Penyediaan Imbangan Duga
Mengimbangkan semua akaun-akaun dalam lejar dan kredit dalam Imbangan Duga.

  • Peringkat 5: Pelarasan
Membuat pelarasan pada akaun jika ada, selepas penyediaan Imbangan Duga.

  • Peringkat 6: Imbangan Duga Terlaras
Selepas pelarasan dibuat, Imbangan Duga disediakan semula.

  • Peringkat 7: Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata kewangan disediakan selepas Imbangan Duga diselaraskan. Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

  • Peringkat 8: Catatan Penutupan
Catatan penutup dibuat dalam jurnal selepas penyediaan penyata kewangan.

6 comments:

Unknown said...

jika penerangan disertakan gambarajah akan lebih menarik dan mudah difahami terutamanya kepada mereka yang baru mula belajar akaun...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Penerangan yang amat bagus sekali. Terima kasih

Unknown said...

Yeah

Unknown said...

Nota yang bagus

Unknown said...

jikalau penerangan lebih lengkap ia akan mmbantu pelajar yang baru mmpelajari acc ... tq

Post a Comment

 
Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template