RSS

Thursday, 17 November 2011

Organisasi Bukan Untung

Penyata Penerimaan & Pembayaran
  •  Juga disebut sebagai penyata wang masuk dan wang keluar. 
  • Prinsipnya sama seperti akaun tunai – meringkaskan urusniaga tunai diterima dan tunai dibayar. 
  • Merekod urusniaga tunai yang berlaku pada tahun semasa tanpa mengambilkira penerimaan dan pembayaran itu adalah untuk perkara-perkara yang terakru, prabayar ataupun semasa serta penerimaan atau pembayaran modal ataupun penerimaan dan pembayaran hasil. 
  • Contoh: 
Kelab Kebajikan Sinar Impian mempunyai tunai RM2 500 pada 1 Januari 20X1. Berikut adalah ringkasan buku tunai bagi tempoh berakhir 31 Disember 20X1.

Penerimaan                                                              RM
Yuran ahli                                                                 10 500
Yuran masuk/pendaftaran                                        3 500
Derma                                                                       1 200


Pembayaran
Upah                                                                          6 600
Sewa                                                                         2 400
Utiliti                                                                          1 300
Majalah dan surat khabar                                           260
Belanja am                                                                  150

Dikehendaki:
Sediakan penyata penerimaan dan pembayaran bagi tahun 20X1.

Penyelesaian:

 
Baki akhir tunai akan dipersembahkan ke kunci kira-kira sebagai aset semasa.

Penyata Pendapatan dan perbelanjaan


Perbezaan Antara Urusniaga Modal & Hasil


Contoh:
Butir-butir berikut adalah diambil dari buku Kelab Kenu pada tahun 20X1.

                                                                 RM
             Yuran ahli                                 12 500
             Yuran masuk                                 620 (tidak dimodalkan)
             Hasil sewa                                     540
             Kutipan derma                               550
             Upah dan gaji                             5 300
             Utiliti                                         1 200
             Majalah dan surat khabar               450
             Percetakan dan pos                       670
             Hadiah dan cenderahati                  380
             Belanja am                                    190

Sediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi Kelab Kenu untuk tahun 20X1.

Penyelesaian:



Perbezaan Antara Penyata Penerimaan dan Pembayaran Dengan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan


Penyata Kumpulan Wang Terkumpul (KWT)
  • KWT juga dikenali sebagai dana terkumpul
  • Merupakan jumlah caruman daripada ahli organisasi bukan untung termasuk lebihan pendapatan atas perbelanjaan dan sumber-sumber modal seperti derma / hadiah yang hendak dimodalkan dan terimaan daripada projek-projek khas.
  • Penyata wang terkumpul menunjukkan kedudukan dana tersebut secara terperinci bagi tempoh tertentu.

*KWT awal - jumlah aset awal - jumlah liabiliti awal
  KWT akhir - jumlah aset akhir - jumlah liabiliti akhir

    Kunci Kira-kira
    •  Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan kumpulan wang terkumpul pada satu tarikh yang biasanya tarikh akhir sesuatu jangkamasa perakaunan.
    •  Selain item-item seperti aset semasa, aset tetap dan liabiliti jangka panjang yang sama seperti dalam organisasi untung, ia mempunyai item kumpulan wang terkumpul atau dana terkumpul akan menggantikan ekuiti pemilik dalam Kunci Kira-kira.
    • Biasanya penyata wang terkumpul adalah penyata pilihan dalam penyata kewangan organisasi bukan untung.
    • Jika penyata kumpulan wang terkumpul tidak disediakan, maka kumpulan wang terkumpul dalam kunci kira-kra akan dilaporkan dengan lebih terperinci.


      3 comments:

      Anonymous said...

      Terima kasih atas info yg sgt berguna...saya jadikan ini sbg permulaan panduan dalam membuat akaun koperasi kampung saya yg tidak berasaskan untung semata2.....

      farif said...

      Terima kasih banyak2. Segala maklumat yang dikongsi dapat memberi manfaat sehingga ke hari ini.

      Unknown said...

      Jika peralatan sukan mempunyai susut nilai dan diletakkan dibawah aset tetap di dalam kunci kira-kira tetapi bagaimanakah nak seimbangkan bhgian aset dan ekuiti pemilik di dalam kunci kira-kira yer. Mohon tunjuk ajar sb sy masih keliru

      Post a Comment

       
      Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
      Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template