RSS

Sunday 6 November 2011

Pengenalan

Sejarah Perakaunan Secara Ringkas
  • Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia pada tahun 3500 SM, catatan tersebut dibuat pada kepingan tanah liat.
  • Pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah dibuat dengan papyrus (kertas) dan calamus (pen).
  • Kemudian sistem angka Hindu-Arab digunakan dalam rekod perakaunan pada tahun 850 SM.
  • Sistem catatan bergu bermula di Itali padaabad ke-14 untuk memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang.
  • Sistem catatan bergu telah dicipta oleh Luca Pacioli, seorang ahli matematik dan rahib Francisca yang berbangsa Itali.                                  
  • Luca Pacioli dikenali sebagai bapa perakaunan kerana terbitan buku matematiknya berjudul Summa de Arithmetica, Geometria dan Proportioni et Proportionalita. 
  • sebahagian daripada buku tersebut mengandungi huraian sistem catatan bergu yang digunakan dalam rekod perakaunan sehingga masa sekarang.
  • Pada abad ke-18, perakaunan kos telah diperkenalkan bagi memenuhi proses pengeluaran firma yang berkembang pesat.
  • Pada abad ke-19 dan ke-20, bidang perakaunan telah mencapai taraf profesional. Badan perakaunan ditubuhkan  untuk mencapai taraf minimum kelayakan profesional perakaunan.
  • Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa atau International Accounting Standards Committee (IASC) telah ditubuhkan pada tahun 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan.
  • Pada masa sekarang, perakaunan sosial telah diambil kira memandangkan perniagaan telah memberi kesan terhadap masyarakat.
  • Di negara kita, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia atau Malaysian Accounting Standard Board (MASB) telah ditubuhkan untuk menerbitkan piawaian perakaunan dan menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan.
Simpan Kira dan Perakaunan

Takrif dan Tujuan Simpan Kira:
  1. Simpan kira ialah proses pertama perakaunan.
  2. Ia melibatkan kerja merekod urus niaga perniagaan berasaskan sistem catatan bergu.
  3. Simpan kira bertujuan mencatatkan urusniaga perniagaan sebagai bukti berlakunya urus niaga tersebut.
  4. Ia juga mengelaskann dan meringkaskan semua urus niaga perniagaan untuk tujuan rujukan,
  5. Seterusnya, ia dapat membekalkan maklumat berkenaan jumlah aset, liabiliti, hasil dan belanja.
Takkrif dan Tujuan Perakaunan:
  1. Perakaunan meliputi proses merekod, mentafsir, mengklasifikasi, menganalisis dan melapor maklumat.
  2. Ia membekalkan maklumat kewangan perniagaan kepada pihak yang berkenaan seperti pemilik perniagaan, pembekal, bank, dan lain-lain untuk membuat keputusan.
  3. ia mentafsir penyata pendapatan untuk menilai kecekapan pengurusan perniagaan dan laporan kewangan untuk melihat kedudukan kewangan perniagaan.
  4. perakaunan juga membolehkan pemilik perniagaan membuat perbandingan mengenai perniagaan bagi tempoh-tempoh perniagaan yang tertentu.
  5. maklumat perakaunan juga membantu peniaga membuat perancangan perniagaan.
Perbezaan Antara Simpan Kira dan Perakaunan


Simpan KiraPerakaunan
1 Simpan kira ialah proses awal perakaunan. 1 Perakaunan meliputi bidang yang lebih luas.
2 Simpan kira adalah kerja yang lebih mudah. 2 Perakaunan melibatkan kerja yang lebih rumit.
3 Simpan kira hanya melibatkan kerja merekod secara bersistem dan tepat. 3 Perakaunan melibatkan kerja merekod, melapor, menganalisis dan mentafsir.

        0 comments:

        Post a Comment

         
        Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
        Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template