RSS

Friday 11 November 2011

Perkongsian-Ekuiti Pemilik dan Akaun-akaun dalam Perkongsian

  • Ekuiti pemilik ialah modal yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan dan juga untung yang dilaburkan semula dalam perniagaan.
  • Bagi perniagaan perkongsian, sumbangan modal oleh pekongsi disebut sebagai ekuiti pemilik.
  • Dari segi catatan perakaunan, catatan urus niaga bagi perkongsian adalah sama seperti perniagaan milikan tunggal. Bezanya adalah dari segi merekod modal dan pembahagian untung rugi.
  • Setiap pekongsi disediakan satu Akaun Modal dan satu Akaun Semasa. Akaun-akaun Modal dan Semasa bagi setiap pekongsi ditunjukkan secara berasingan dalam Kunci Kira-kira.
  • Bagi perkongsian juga, ada satu akaun tambahan yang dinamakan Akaun Pengasingan Untung Rugi.
  • Akaun Pengasingan Untung Rugi ini disediakan selepas intung rugi bersih ditentukan dalam akaun penamat.
  • Akaun Pengasingan Untung Rugi digunakan untuk menunjukkan pembahagian untung rugi antara pekongsi-pekongsi selepas mengambil kira gaji pekongsi, faedah atas modal dan faedah atas ambilan.
    Akaun Modal
    • Setiap pekongsi dalam perkongsian disediakan satu Akaun Modal. Sumbangan modal pekongsi-pekongsi dikreditkan ke dalam Akaun Modal masing-masing.
    • Terdapat dua kaedah merekod modal:
    1. Kaedah modal tidak tetap.
    2. Kaedah modal tetap.
    Akaun Semasa
    • Akaun Semasa ialah satu akaun tambahan kepada Akaun Modal. Ia digunakan untuk mencatat segala butir-butir yang akan mengurangkan atau menambahkan modal selain daripada sumbangan modal.
    • Butir-butir yang akan mengurangkan modal ialah apa yang harus dibayar oleh pekongsi-pekongsi kepada perkongsian.
    • Contoh butir-butir yang mengurangkan jumlah modal pekongsi ialah ambilan, faedah atas ambilan dan konsi rugi jika ada. 
    • Butir-butir yang akan mengurangkan jumlah modalnakan didebitkan ke dalam Akaun Semasa dalam kaedah modal tetap.
    • Butir-butir yang menambahkan modal adalah apa yang harus dibayar oleh perkongsian kepada pekongsi.
    • Contoh butir-butir yang menambahkan modal ialah faedah atas modal, faedah atas pinjaman, gaji, bonus dan kongsi untung.
    • Butir-butir yang menambahkan modal akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa.
    • Akaun Semasa yang mempunyai baki kredit menunjukkan perkongsian berhutang kepada pekongsi.
    •  Jika Akaun Semasa mempunyai baki debit, ini bermakna pekongsi berhutang dengan perkongsian.
     Pengiraan dan Cara Merekod
    Faedah Atas Ambilan
    • Faedah atas ambilan ialah faedah yang dikenakan ke atas jumlah ambilan oleh pekongsi.
    • Faedah ini dikenakan untuk mengurangkan ambilan dikalangan pekongsi kerana ambilan akan mengurangkan modal dalam bentuk tunai atau aset.
    • Maka, Akaun Semasa pekongsi didebitkan dengan jumlah ambilan.
    • Faedah atas ambilan biasanya dikira secara peratus atas jumlah yang diambil.
    • Kadar faedah ke atas ambilan ditentukan dalam perjanjian perkongsian.
    • Walau bagaimanapun, dalam Akta Perkongsian faedah tidak dikenakan atas ambilan.
    • Catatan bergu bagi faedah atas ambilan:
              Dt. Akaun Semasa
                       Kt. Akaun Pengasingan
    Faedah Atas Modal
    • Faedah atas modal ialah faedah yang diberikan ke atas modal yang disumbangkan oleh pekongsi.
    • Kadar faedah ini juga ditetapkan dalam perjanjian perkongsian.
    • Pekongsi adalah tidak berhak menerima faedah atas modal menurut Akta Perkongsian.
    • Faedah atas modal dikira berdasarkan jumlah modal yang disumbangkan pada awal tempoh masa perniagaan.
    • Tujuan: untuk menggalakkan pekongsi menyumbang lebih banyak modal dan menerima lebih ganjaran kerana sumbangan modal.
    • Catatan bergu bagi faedah atas modal ialah:
              Dt. Akaun Pengasingan
                    Kt. Akaun Semasa

      1 comments:

      Anonymous said...

      hai

      Post a Comment

       
      Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
      Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template