RSS

Thursday 10 November 2011

Perkongsian

Pengertian Perkongsian
  • Perkongsian ialah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 20 orang pekongsi.
  • Perkongsian yang menawarkan perkhidmatan profesional seperti perakaunan, perubatan dan guaman, bilangan ahlinya boleh mencapai sehingga maksimum 50 orang.
  • Dalam perkongsian, keuntungan atau kerugian akan dibahagikan antara pekongsi mengikut Ikatan Perjanjian atau Akta Perkongsian 1961.
  • perkongsian berbeza dengan milikan tunggal kerana pemilik perniagaan milikan tunggal memperoleh semua keuntungan atau menanggung semua kerugian.
  • Cukai pendapatan perseorangan akan dikenakan kepada pemilik tunggal dan pekongsi atas keuntungan yang diperoleh, kadar cukai adalah berbentuknprogresif berdasarkan jumlah pendapatan.
  • Terdapat dua jenis perkongsian iaitu perkongsian biasa dan perkongsian berhad.
  • Dalam perkongsian biasa, semua pekongsi akan menanggung liabiliti yang tidak terhad seperti pemilik milikan tunggal. Harta persendirian boleh dituntut untuk membayar hutang perkongsian.
  • Dalam perkongsian berhad, pekongsi mempunyai liabiliti terhad di mana mereka hanya menanggung kerugian setakat modal yang disumbangkan.
  • Ada dua jenis pekongsi dalam perkongsian iaitu pekongsi aktif dan pekongsi lelap.
  • Pekongsi aktif dapat mengambil bahagian secara aktif dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Pekongsi lelap pula hanya menyumbang modal tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan.
  • Perkongsian juga mudah ditubuhkan seperti milikan tunggal, iaitu didaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapat lesen daripada ajlis Kerajaan Tempatan. Ia tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978).
  • Perlaksaan perniagaan perkongsian adalah berdasarkan kepada Akta Perkongsian 1961 atau Ikatan Perkongsian.
  • Lazimnya, perjanjian perkongsian akan dibuat apabila sebuah perkongsian diwujudkan. Perjanjian ini disebut sebagai Ikatan Perjanjian.
  • Antara syarat-syarat yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian ialah:
  1. Nama, alamat dan bentuk perniagaan.
  2. Bilangan pekongsi dan namanya.
  3. Jumlah sumbangan modal oleh setiap pekongsi.
  4. Jumlah ambilan yang boleh dibuat oleh pekongsi.
  5. Pembahagian untung atau rugi oleh pekongsi.
  6. Kadar faedah atas modal.
  7. Kadar faedah atas ambilan.
  8. Kadar faedah atas pinjaman daripada pekongsi.
  9. Gaji, elaun, bonus dan faedah lain kepada pekongsi.
  10. Tempoh masa kewujudan pekongsian.
  11. Bidang kuasa pekongsi.
  12. Cara menyimpan akaun.
  • Aktiviti perkongsian adalah dikawal oleh Akta Perkongsian 1961 sekiranya pekongsi-pekongsi tidak membuat sebarang perjanjian.
  • Perkara-perkara yang terkandung dalam akta tersebut ialah:
  1. Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pekongsi.
  2. Faedah sebanyak 8% setahun dibayar atas pinjaman daripada pekongsi.
  3. Tiada faedah dibayar atas sumbangan modal.
  4. Tiada faedah atas ambilan dibenarkan.
  5. Tiada bayaran upah, gaji, elaun atau bonus kepada pekongsi. 
  6. Setiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan.
  7. Sesiapapun tidak boleh diterima masuk sebagai pekongsi tanpa persetujuan pekongsi yang sedia ada.


    9 comments:

    zul said...

    mcm mane nak buat akaun ni ?

    Unknown said...

    bagus saya memang suka akaun

    Unknown said...

    mcm mne nk bwt belanjawan tunai untuk perkonsian

    Anonymous said...

    mcm tu lah mahmud oiiii.....spm mu failed

    Anonymous said...

    org kat atas aku ni mesti tengah pening nak buat prinsip akaun paper 3 kan.

    Unknown said...

    itu sudah pastilah

    Unknown said...

    hello saya boleh minta maklumat tanggungan rakan kongsi ?

    Anonymous said...

    DRAF PERJANJIAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)��

    ✅soft copy MS Words
    ✅boleh edit
    ✅bahasa inggeris

    ��RM300.00 KLIK LINK untuk bayaran ����

    https://www.paypal.com/cgi-bin/webscr?cmd=_s-xclick&hosted_button_id=YYGFS7R3N5Q3Y

    www.wasap.my/60193424703

    Unknown said...

    Asak susah sangat ni...

    Post a Comment

     
    Copyright JOM BELAJAR AKAUN 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
    Converted To Blogger Template by Anshul . Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template