Konsep dan prinsip perakaunan asas merupakan panduan dalam catatan perakaunan yang ditetapkan oleh badan perakaunan. Ia patut dipatuhi semasa proses perakaunan untuk memastikan penyata kewangan yang dihasilkan adalah saksama dan standard. Antara konsep perakaunan asas ialah:
1) Wang sebagai Ukuran
1) Wang sebagai Ukuran
- Wang merupakan unit ukuran dalam urus niaga perniagaan.
- Dengan merekodkan urus niaga dalam nilai mata wang, ia dapat memudahkan penghitungan nilai urus niaga.
- Setiap negara mempunyai unit mata wang sendiri, unit mata wang yang digunakan di negara kita ialah Ringgit Malaysia.
- Contoh: Beli 100 buah beg bernilai RM300 dicatatkan untuk belian.
2) Prinsip Catatan Bergu
- Berdasarkan prinsip catatan bergu, setiap urus niaga harus direkodkan sekurang-kurangnya dua kali dalam akaun yang berasingan pada masa dan jumlah yang sama, iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan.
- Jumlah debit harus sama dengan jumlah kredit. Dengan itu, sistem catatan bergu dapat membolehkan kita menyemak ketepatan merekod.
- Contoh: jualan barang niaga dengan harga RM500 secara tunai. akaun jualan dikreditkan denga RM500 manakala akaun tunai didebitkan dengan RM500.
3) Entiti Berasingan
- Dalam perakaunan, pemilik perniagaan dan perniagaan dianggap sebagai entiti berasingan.
- Dengan itu, hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan sahaja direkodkan dalam buku perniagaan.
- Urus niaga peribadi pemilik tidak boleh direkodkan di dalam buku perniagaan.
- Contoh: Pemilik mengeluarkan wang tunai RM200 untuk membayar yuran peperiksaan anaknya dianggap sebagai ambilan dan tidak boleh dianggap sebagai belanja perniagaan.
4) Tempoh Perakaunan
- Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi berterusan untuk jangka masa yang panjang.
- Walau bagaimanapun, untuk membolehkan laporan prestasi perniagaan dibuat dan dibandingkan, hayat perniagaan dibahagikan kepada jangka masa tertentu yang dikenali sebagai tempoh perakaunan.
- Tempoh perakaunan mungkin setahun, setengah tahun dan sebagainya.
- Contoh: jika tempoh perakaunan sesebuah perniagaan adalah setahun dan ia bermula dari 1 Januari, maka ia akan berakhir pada 31 Disember.
5) Kos sejarah
- Menurut konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian atau kos belian.
- Amaun tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan walaupun berlaku turun naik harga dipasaran bagi barang tersebut.
- Kos belian merupakan satu nilai yang objektif kerana harga tersebut terbukti dalam dokumen perniagaan.
- Contoh: Sebuah perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan harga RM25 000 pada tahun 2003. Walaupun nilainya telah jatuh menjadi RM24 000 pada tahun 2004, ia masih dicatat sebagai RM25 000 dalam buku perakaunan.
6) Berterusan
- Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang.
- Konsep ini berkaitan dengan kos sejarah iaitu dengan andaian ini, semua aset perniagaan harus direkod pada harga belian atau kos sejarah.
7) Pemadanan
- Mengikut prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh perakaunan harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan.
- Untung atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira berdasarkan penerimaan atau pembayaran dalam satu tempoh masa.
- Pendapatan bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang sepatutnya diterima bagi tempoh tersebut, sama ada sudah diterima atau belum diterima.
- Begitu juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan wang yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah dibayar atau belum dibayar.
- Contoh: Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun tetapi jumlah premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100 dibayar pada tahun berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung kasar ialah RM500 iaitu jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.
8) Ketekalan
- Konsep ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus mengekalkan kaedah perakaunan yang telah ditetapkan untuk beberapa tempoh perakaunan yang berterusan.
- Contohnya, jika kaedah susut nilai aset tetap secara ansuran tetap digunakan untuk menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan secara berterusan untuk tahun-tahun seterusnya.
- Konsep ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan dibuat.
9) Materialiti
- Menurut konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat memberi kesan kepada penyata kewangan akan direkodkan.
- Nilai kecil yang tidak memberi kesan kepada penyata kewangan dianggap tidak material dan tidak perlu dimasukkan ke dalam Kunci Kira-kira.
- Contoh: Sebuah buku panduan poskod dibeli dengan harga RM5.00 untuk kegunaan pejabat tidak direkodkan sebagai aset dalam Kunci Kira-kira kerana nilainya adalah kecil walaupun boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
11 comments:
blog ni sgt mmbantu .. tq.. hm nk tanya.. sy xde asas perakaunan masa spm n xamek subjek tu.. n skrg sy nk mohon dlm course perakaunan.. apekah klayakn sy? n senang tak untuk sy mula dari awal?
saya sangat brminat dengan perakaunan skrang sy amek subjek perakaunan utuk diploma,adakah susah untuk saya mngikuti course ini,saya xde basic mase f5,
Syukran. Nota tersebut byk mmbntu sy dlm memahami konsep perakaunan.semoga pmilik blog mndpt gnjaran pahala drpd ilmu yg dikongsi.
Hye, sya nak tnya, if soalan tnya rm5000 dkeluarkan dr bank untuk kgunaan pribadi, mcm mana nak rekod eh? Tuu kira ambilan kaa jgk?? ��
Sangat baik sekali.
tak silap saya tu direkod sbgai ambilan
tak silap saya tu direkod sbgai ambilan
Saya mohon kebenaran untuk mengguna nota dan latihan yang ada di blog ini sebagai bahan mengajar saya. Terima Kasih.
sangat membantu...sangat menghargai...
Apa yg dimaksudkan dengan neutrality?
Post a Comment